Politik

Wira Putra cadang pengecualian cukai pendapatan sepanjang 2020

PENDAPATAN rakyat Malaysia sejak 2020 sememangnya terjejas berikutan penularan pandemik Koronavirus (Covid-19) dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lepas.

Rentetan itu kemudahan bantuan yang dihulurkan kerajaan sememangnya membantu rakyat terutama bagi mereka yang kehilangan pekerjaan.

Malah pada ketika ini juga PKP sekali lagi dilaksana menyaksikan sejumlah lagi pekerja mengalami situasi diberhentikan ataupun cuti tanpa gaji.

Dalam situasi sama juga rakyat tidak terlepas untuk berbelanja bagi memastikan anak-anak dapat menjalani pembelajaran dalam talian atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Justeru, wajar kerajaan melaksanakan pengecualian cukai pendapatan bagi seluruh rakyat Malaysia bagi taksiran tahun 2020 mendangkan ekonomi masih lagi belum pulih.

“Pengecualian keseluruhan cukai pendapatan sepanjang tahun 2020 yang lalu dicadangkan bagi semua rakyat Malaysia tanpa latar belakang status pekerjaan mereka ketika ini.

“Susulan PKP 1.0, majoriti rakyat Malaysia terjejas dari segi kewangan baik mereka yang hilang pekerjaan mahu pun mereka yang masih ada pekerjaan.

“Walaupun bank memberi moratorium, tapi harus diingatkan, duit-duit yang ada di alih gunakan bukan sahaja untuk kelangsungan hidup diri dan keluarga mereka sendiri.

“Malah, ada yang menggunakan untuk membantu ahli-ahli keluarga lain, malah sahabai handai yang hilang pekerjaan atas ihsan kemanusiaan.

“Lanjutan PKP 2.0 juga yang diisytihar pada awal tahun 2021 ini, perbelanjaan dalam persediaan persekolahan anak-anak secara atas talian juga meningkat.

“Walaupun ketika ini, penjualan barangan persekolahan berupa baju, seluar, kasut tidak memberangsangkan dan mengalami penurunan.

“Namun, semua keluarga terpaksa mengalihkan perbelanjaan mereka bagi pembelian telefon atau komputer untuk anak-anak mereka membuat pembelajaran secara atas talian.

“Ternyata kos ini lebih mahal berbanding kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.”

Demikian kenyataan Exco Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Mohamad Izwan Zainal, yang memohon kerajaan meringankan beban untuk mereka yang tidak layak menerima bantuan sebelum ini.

Tambahnya, faktor tersebut turut disumbang oleh mereka yang tidak dapat mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Sinar.

“Rentetan pengeluaran KWSP melalui program i-Sinar yang tidak menyeluruh, amat mengecewakan ramai pencarum yang diklasifikasikan tidak layak berdasarkan dua kategori sepertimana yang sedia maklum.

“Kalau kerajaan meletakkan terlalu banyak syarat untuk pengeluaran KWSP, bagilah peluang lain untuk bantu rakyat menghadapi getirnya cabarang kewangan ketika ini,” rayunya. – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button