Nasional

28 tan daging kerbau dirampas, tiada logo halal

28 TAN daging kerbau sejuk beku dari india dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor di Pelabuhan Barat, Isnin lalu susulan pemeriksaan rutin oleh pegawai penguat kuasa MAQIS.

Pemeriksaan rutin yang dijalankan pada jam 10 pagi itu mendapati sebuah kontena yang membawa dagangan daging kerbau sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import.

“Pengimport gagal mempamerkan logo halal dalam kotak dagangan yang dikehendaki seperti dinyatakan dalam syarat permit import.

“Berikutan itu, semua daging kerbau sejuk beku membabitkan 1,120 karton yang dianggarkan bernilai RM322,565.88 ditahan untuk siasatan lanjut,” kata jabatan itu dalam kenyataan.

Menurut MAQIS, kegagalan mematuhi syarat permint import adalah kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Justeru MAQIS berkata pihaknya akan memperluaskan penguatkuasaan undang-undang di semua pintu masuk negara dalam usaha memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara.

“Ini bertujuan memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan,” katanya. – Berita Harian – SM

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button