Bola SepakSukan

Leipzig singkir Spurs dari Liga Juara-Juara

SEGALANYA serba tidak menjadi untuk Tottenham Hotspur ekoran ketiadaan beberapa pemain utama akibat kecederaan.

Terbaru mereka tersingkir daripada cabaran Liga Juara-Juara Eropah apabila tewas dengan agregat 4-0 kepada pasukan dari Bundesliga, RB Leipzig.

Sebelum ini, pada pertemuan di London, Leipzip bawa pulang bekal 1-0 dan malam tadi ketika beraksi di RB Arena, anak buah Jose Mourinho terus hilang arah apabila kena belasah 3-0.

Gol-gol Leipzig dijaringkan oleh Marcel Sabitzer pada minit 10 dan 21, serta satu lagi gol pada minit 87 oleh Emil Forsbeg.

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button