Nasional

28% bekalan air di 998 kawasan di Selangor, KL pulih setakat pukul 6 pagi

PENGURUSAN Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor)  memaklumkan bahawa setakat pukul 6 pagi ini pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 28 peratus.

Sebanyak 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 13 Oktober 2021.

Pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti
berikut:

  • Kuala Selangor 75.6 %
  • Hulu Selangor 60.7%
  • Petaling 60.4%
  • Shah Alam 40.4%
  • Klang 0.9%
  • Gombak 0.0%
  • Kuala Lumpur 0.0%
  • Kuala Langat 0.0%

Senarai kawasan yang telah pulih boleh diakses di laman pautan hentitugas.airselangor.com.

Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara  berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button