Parlimen

278,023 jawatan tetap, lebih 40,000 kontrak di KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini mempunyai 278,023 jawatan tetap dan lebih 40,000 jawatan kontrak sehingga 31 April lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perjawatan tersebut memberi impikalis kewangan sebanyak RM4.3 bilion.

“Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan emolument kepada pengawai KKM yang berjumlah RM18 bilion iaitu 63 peratus daripada peruntukan pengurusan KKM,” jelas beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam penerangan berkenaan Tindakan Menangani Pandemik Covid-19 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini, Dr. Adham berkata, Kerajaan memperuntukan RM7.13 bilion kepada KKM berkaitan KKM.

Sejumlah RM1 bilion diperuntukan tahun lepas dan RM6.13 bilion pada tahun ini.

“Daripada jumlah RM7.13 bilion sebanyak RM2.35 bilion disediakan bagi saringan dan rawatan pesakit Covid-19.

“Manakala sebanyak RM4.78 bilon bagi perolehan vaksin Covid-19 serta tambahan peralatan penyimpanan vaksin,” kata Dr. Adham.

Sementara itu Dr. Adham berkata, sehingga kini, terdapat 221 buah hospital di seluruh negara yang dikhususkan bagi rawatan pesakit COVID-19.

Sebanyak 104 daripada 146 hospital KKM, 6 hospital universiti, 112 hospital swasta dan sebuah hospital Angkatan Tentera.

Sebanyak 11 hospital KKM adalah berstatus COVID-19 penuh dan selebihnya berstatus hibrid yang turut merawat pesakit bukan COVID-19.

Dr. Adham turut menjelaskan terdapat sejumlah 29,835 katil di semua 132 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di seluruh negara iaitu dengan penambahan sebanyak 1,518 katil berbanding 1,965 katil pada Mac 2020. Setakat ini kapasiti penggunaan keseluruhan PKRC adalah 61%.

Dalam pada itu aplikasi MySejahtera telah berjaya mencapai 27.7 juta pengguna aktif yang berdaftar dan 2.44 juta premis perniagaan berdaftar.

Selain itu, MySejahtera telah merekodkan 6.7 bilion jumlah kumulatif check-in ke premis berdaftar menggunakan imbasan kod QR dengan purata 19.3 juta check-in sehari.

“Kini, fungsi MySejahtera terus diperluaskan dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebagai sijil vaksin digital bagi COVID-19.

“Sijil ini boleh diakses melalui paparan pada ikon ‘Profile’ di aplikasi MySejahtera milik individu yang terlibat,” jelas beliau.-SM

 

 

 

 

 

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button