Mahkamah

Tiga saksi bank setuju tiada sebarang keraguan dalam transaksi Lewis&Co

SESI perbicaraan kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersambung pagi ini dengan tiga lagi saksi tampil memberi keterangan.

Saksi ke-55 hingga ke-57 itu merupakan pegawai dari tiga bank yang mengesahkan transaksi yang berkaitan cek pembayaran yang dikeluarkan kepada Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Saksi ke-55 Lisa Ng Tze Lan, 46 merupakan Pengurus Public Bank Cawangan Jalan Hang Lekiu Kuala Lumpur.

Saksi ke-56 Yong Jyi Kay, 42, merupakan Pengurus Cawangan di CIMB Bank Berhad Cawangan Starhill Gallery.

Saksi ke-57 Wong Lee Chin, 48, merupakan Pengurus Cawangan dan Perkhidmatan Operasi di Menara Citibank.

Ketika ditanya oleh peguam Ahmad Zahid, Mohd. Haziq Dhiyauddin Razali kesemua saksi menjawab tiada sebarang kesalaham dilakukan dalam transaksi pembayaran kepada Lewis&Co.

Peguam : Saya akan bertanyakan soalan, lihat cek dan penyata akaun. Setuju, transaksi dalam cek ini ada direkodkan dalam penyata akaun?

Saksi: Ya. direkodkan.

Peguam: Bila direkodkan kita boleh trace transaksi ini?

Saksi: Benar

Peguam: Jadi ini adalah satu transaksi biasa dalam perjalanan
urusan bank?

Saksi: Benar

Peguam: Tiada apa-apa yang tersembunyi dalam transaksi ini?

Saki: Benar

Peguam: Setuju atau tidak saya katakan ini transaksi biasa dan tidak menyalahi undang-undang?

Saksi: Benar.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong adakah saksi-saksi bersetuju dengan jawapan yang diberikan kepada peguam Ahmad Zahid mereka menjawab ya.

Timbalan Pendakwa Raya: Adakah ada bersetuju dengan kenyatan peguam berdasakan penyataan didepan anda?

Saksi: Benar. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button