AgamaNasionalNegeri

MAIPs terus komited bangunkan wakaf – Raja Muda Perlis

Sebagai Pemegang Amanah Tunggal harta wakaf, nazr dan amanah di negeri Perlis, selaras dengan Seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis (2006), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa komited dalam memperkasakan lagi kesedaran dan juga pembangunan wakaf demi manfaat kepada seluruh masyarakat di negeri Perlis.

Berikut dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan agihan zakat MAIPs.

Sebanyak 140 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Kampung Padang Siding dan Kampung Banggol Sena di Masjid Al-Masyhor, Kampung Padang Siding baru-baru ini.

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh penyerahan disempurnakan oleh Raja Muda pada kali ini bernilai RM98,000.

Terdahulu daripada itu setiap penerima sumbangan menjalani pemeriksaan kesihatan melalui aktiviti yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri sempena program ‘Perlis Hebat! Rakyat Hidup Sihat dan Bersih’ anjuran MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang DiPertua MAIPs juga berharap agar kerjasama erat antara pelbagai agensi Persekutuan dan Negeri akan dapat dilestarikan dan berterusan pada masa akan datang dalam sama-sama menyampaikan perkhidmatan terbaik serta menjayakan segala hasrat dan matlamat dalam membangunkan Ummah di negeri dan di rantau ini. – SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button