Ekonomi

Data inflasi Ogos akan memberikan lebih kuasa kepada ringgit

Penurunan inflasi Malaysia yang ketara iaitu kekal pada 2.0 peratus untuk Ogos dengan bersandarkan kepada  kelonggaran dasar monetari, ini mungkin menyokong ringgit.

Penganalisis pasaran kewangan OctaFX, Kar Yong Ang, berkongsi pendapat bahawa inflasi di Malaysia telah perlahan ke 2.0% pada Julai.

Inflasi tahunan pelanggan dijangka kekal tidak berubah pada Ogos.

Disebabkan perkembangan ekonomi dan penurunan inflasi, bank pusat Malaysia mengekalkan penanda aras kadar faedahnya tidak berubah pada mesyuarat lepas.

Pada keadaan ekonomi semasa, USDMYR akan menurun ke arah 4.520 dan mungkin menjadi lebih rendah.

Hari ini, Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) mengeluarkan data inflasi bulanan pada 22 Septembe kekal pada 2.0%.

Menurut data rasmi yang dikeluarkan bulan lalu, kadar inflasi tahunan Malaysia perlahan kepada 2.0% pada Julai dari 2.4% pada Jun.

Kadar inflasi lebih rendah direkodkan dalam Makanan dan minuman bukan alkohol ( 4.4% pada Julai dari 4.7% pada Jun) dan Restoran dan hotel (5.0% pada Julai dari 5.4% pada Jun).

Secara keseluruhan, kadar inflasi Malaysia sebanyak 2.0% adalah lebih rendah daripada rantau jiran, dengan inflasi Julai di Indonesia, Filipina, dan Singapura masing-masing pada 3.1%, 4.7%, dan 4.1%.

Bank Pusat Malaysia berpuas hati dengan penurunan inflasi dan mengekalkan penanda aras kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat dasar monetari semasa pertumbuhan ekonomi dan inflasi terus berkurangan.

‘Kami melihat pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berterusan,”kata Kar Yong Ang.

“Dengan inflasi pengguna yang rendah dan isyarat daripada bank pusat Malaysia bahawa ringgit terus menunjukkan kekuatannya, kami cenderung untuk mengandaikan bahawa USDMYR akan merosot ke arah 4.520 dan mungkin lebih rendah,” katanya.

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button