Jenayah

Kemalangan di Bukit Tagar: Wanita maut, suami dan anak parah

SEORANG wanita maut manakala anak dan suaminya parah dalam kemalangan di kilometer 426.9 Lebuhraya Utara Selatan, Bukit Tagar menghala ke Bukit Beruntung, awal pagi tadi.

Menurut laporan ASTRO AWANI,  pihak peronda lebuh raya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.20 pagi.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak itu terbabas.

Wanita itu tercampak keluar di lorong laju sebelum digilis dan diseret kenderaan lain.

Mangsa yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia oleh paramedik manakala anak mangsa dan suaminya yang parah, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Kemalangan berlaku dalam keadaan hujan serta laluan berselekoh dan gelap.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khadijah Ab Rahim, 33, dari Taman Tasik Semenyih.

Polis masih mendapatkan beberapa keterangan saksi bagi mengenal pasti punca kejadian. – SM

(Visited 592 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button