NasionalNegeriPendidikan

CelcomDigi sumbang 85 unit komputer kepada 17 sekolah di Perlis

CelcomDigi menyumbangkan 85 unit komputer bernilai RM68,000 kepada 17 sekolah di Perlis, kata Ketua Program Kelestarian CelcomDigi Berhad, Areehan Abdullah.

Beliau berkata, sekolah yang terpilih ini adalah berdasarkan kepada kedudukannya yang berhampiran dengan enam buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah kendalian CelcomDigi.

Katanya, ia melibatkan PEDi PPR Bintong, PEDi Seri Sena, PEDi Beseri, PEDi Felda Mata Air, PEDi Felda Chuping dan PEDi Felda Rimba Mas.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama pelajar sekolah yang terpilih menerima komputer CelcomDigi di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra.

“Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) merupakan projek Kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” kata Areehan.

Beliau telah mempersembahmaklum demikian kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Program Kayuhan Berbasikal Pusat Ekonomi Digital yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli’ anjuran bersama oleh CelcomDigi, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Pendidikan Negeri di sekitar Bintong, semalam.

Menurut Areehan, Projek PEDi PPR Bintong ini dilaksanakan oleh CelcomDigi Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Program tersebut turut disertai oleh Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor; Ketua-Ketua Jabatan serta Agensi Negeri dan Persekutuan; serta 20 perwakilan daripada Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama pihak pengurusan CelcomDigi dan guru-guru yang mewakili sekolah sebagai penerima komputer CelcomDigi di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra.

Areehan menyatakan bahawa program kayuhan ini unik dari segala segi.

Katanya, pemandangan yang indah dan juga laluan di sekitar sungai serta bendang merupakan pengalaman yang menakjubkan buat para peserta.

Beliau melahirkan rasa kagum di atas kesungguhan Pemangku Raja menyantuni dan memberi bantuan kepada asnaf yang memerlukan secara ‘by hand’ menjadikan program ini lebih bermakna sekali.

Sempena program tersebut juga Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan singgah di rumah asnaf terpilih bagi menyantuni dan menyampaikan agihan zakat MAIPs bernilai RM700 secara tunai, beras serta bekalan makanan mentah kepada setiap seorang.

Ia melibatkan asnaf Nozita Shariff; Saadan Ismail; serta Abdul Rahim Dimat. – SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button