BeritaNasional

Pas Sementara Sabah tidak dilaksanakan

Pas Sementara Sabah (PSS) yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada pemimpin politik dan rakyat keseluruhannya tidak akan dilaksanakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan pembatalan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet Kerajaan Sabah hari ini.

Katanya, keputusan tersebut akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat, kerajaan negeri akan memaklumkan keputusan ini kepada KDN,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Shafie berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat reaksi rakyat yang menolak PSS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button