KesihatanNasionalPenyakit

2,527 kes baharu Covid-19, tiada kematian

JANGKITAN harian Covid-19 merekodkan 2,527 kes baharu semalam dan tiada kematian dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,571,355 kes dan kematian kekal 35,771 kes.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 2,523 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 30,385 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 43 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 22 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 94.5% atau 28,701 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 24 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,617 orang atau 5.3% menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,359 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Sebanyak tiga kluster baharu direkodkan semalam, membabitkan kumpulan berisiko tinggi, tempat kerja dan pendidikan.

Sehingga kini, sebanyak 7,023 kluster dikesan, dengan 10 daripadanya masih aktif. – SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button