Rencah Hidup

Ular tedung selar 10 kg beri kejutan

Menyusup masuk ke rumah

TETAMU tidak diundang. Ketika sebuah keluarga sedang enak menjamu selera, mereka dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar di hadapan pintu rumah.

Kejutan itu berlaku ke atas sebuah keluarga di Kampung Pinang, Sik, Kedah, semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan insiden itu pada pukul 1.24 petang Jumaat.

Sekeluarga terkejut ular tedung selar 10kg menyusur masuk rumah
Katanya, sejurus menerima laporan, lima anggota bergegas ke lokasi dan masuk ke dalam rumah bagi mencari ular berkenaan yang bersembunyi di dalam sebuah bilik.

Difahamkan, ular seberat 10 kilogram itu dipercayai turut ‘panik’ berdepan penghuni rumah yang ramai lantas terus menyusur ke salah sebuah bilik.

Anggota APM kemudiannya menemui ular tersebut yang bersembunyi di bawah timbunan baju.

Mereka mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan ular tersebut.

Ular yang ditangkap itu dibawa balik ke Ibu Pejabat APM untuk tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati terutama mereka yang tinggal berhampiran kawasan hutan. – SUMBER ASTRO AWANI – SM

(Visited 639 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button