Sukan

Adalah ‘foolish’untuk memikirkan hanya kuasa wang bawa kejayaan kepada JDT

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terkilan dengan kenaifan sebuah akhbar yang menggunakan tajuk “Ada Duit Semua Jadi” di muka belakang dan kejahilan artikel tersebut apabila menyindir bahawa wang adalah faktor keseluruhan kejayaan.

Dalam hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, juara Piala Malaysia itu mengakui sememangnya JDT mempunyai kewangan yang kukuh.

Tetapi adalah ‘foolish’ untuk memikirkan kuasa wang sahaja cukup untuk membawa kejayaan.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dipetik dari hantaran Facebook tersebur.

Kejayaan Harimau Selatan adalah hasil dari pelan menyeluruh dalam memastikan kelangsungan kelab bagi memenuhi sasaran jangka pendek dan jangka panjang. Memiliki wang tanpa pengetahuan dan kesungguhan untuk berjaya tidak akan menjadikan JDT sebuah empayar seperti pada hari ini.

Kenyataan bahawa pemain berpendapatan paling rendah pun mencecah puluhan ribu ringgit adalah tidak benar sama sekali dan ini dilihat sebagai satu usaha menidakkan segala usaha keras yang dijalankan di JDT.

Kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap tuduhan melulu yang dilemparkan dalam artikel tersebut. Kami berharap agar organisasi media bersikap lebih objektif dan tidak berat sebelah dalam mengeluarkan berita.

Pasukan seperti Pahang, Kedah, Selangor dan Felda United telah membelanjakan banyak wang pada tahun-tahun sebelum ini sehingga mencecah RM30-40 juta setahun.

Sepanjang 10 tahun, beberapa pasukan juga sudahpun berbelanja hingga RM300-400 juta namun kebanyakan pasukan ini masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti pusat latihan, kelengkapan dan kepakaran untuk membantu perkembangan pemain.

Sebaliknya, kebanyakan wang ini digunakan hampir sepenuhnya untuk mendapatkan pemain dalam mengejar kejayaan segera.

Di JDT, kelab telah melabur dalam memastikan fasiliti dan kelengkapan berada pada tahap terbaik dan mempunyai kepakaran dalam membantu pembangunan pemain.

Pemain seperti Safawi Rasid, Afiq Fazail, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba dan Syafiq Ahmad telah mempertingkatkan prestasi mereka melalui fasiliti dan sistem sokongan JDT.

Fasiliti yang sama turut diberikan kepada pemain muda di Akademi JDT dan keputusan yang ditunjukkan adalah bukti apabila JDT memenangi enam kejuaraan junior kebangsaan dari Bawah-12 hingga Bawah-17 sepanjang dua tahun ini.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. -SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button