Alam SekitarBencana alam

25 maut akibat banjir, tanah runtuh di India

BENCANA alam yang melanda Thiruvananthapuram, India telah mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang akibat daripada banjir dan tanah runtuh.

Pihak berkuasa India mengatakan bahawa penyelamat masih lagi mencari mangsa di kawasan-kawasan berlumpur serta pihak tentera yang turut membantu dalam menyalurkan bekalan makanan.

Sementara itu, penduduk juga dikatakan terputus hubungan di beberapa wilayah di pesisir negara bahagian Kerala akibat daripada hujan lebat sejak Jumaat lalu yang menyebabkan air sungai melimpah dan seterusnya membanjiri jalan.

Media melaporkan, Pihak berkuasa India mengatakan bahawa 11 mangsa telah dijumpai di daerah Idukki dan 14 lagi di daerah Kottayam setelah kawasan itu dilanda tanah runtuh dan banjir kilat.

Semalam, Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan berkata, ribuan orang telah dipindahkan dan sekurang-kurangnya 100 kem bantuan telah didirikan.

Pihak pertahanan seperti tentera, tentera laut, dan tentera udara turut membantu operasi bantuan dan menyelamatan. Pihak berkuasa India masih lagi belum dapat memastikan jumlah mangsa yang hilang.

“Itu adalah mata pencarian saya. Semuanya hilang,” kata seorang lelaki yang kecewa kepada saluran berita Kerala Manorama TV di bandar Koottickal di Kottayam, yang dilanda tanah runtuh.

“Bukit itu pecah berdekatan dengan kami. Terdapat banyak kerosakan dan kerugian. Banyak rumah dan anak-anak kami telah hilang dihanyut air,” kata seorang wanita dari Koottickal.

Perdana Menteri, Narendra Modi mengucapkan takziah dan mengatakan pihak berkuasa berusaha untuk membantu mereka yang terjejas atau terkena banjir.

Jabatan Meteorologi India melaporkan, hujan lebat yang disebabkan oleh kawasan tekanan rendah di Laut Arab Tenggara dan Kerala, dijangka mereda pada hari ini.

Di India utara, beberapa negeri termasuk wilayah Himalaya Uttarakhand dan Himachal Pradesh diramalkan akan mengalami hujan sangat lebat dalam dua hingga tiga hari depan, kata biro cuaca.

Keadaaan cuaca di bahagian utara akan disebabkan oleh kawasan tekanan rendah di Afghanistan dan sekitarnya yang berinteraksi dengan angin kencang dari Teluk Bengal.

Pada tahun 2018, hampir 500 orang terbunuh di Kerala Ketika banjir terburuk melanda negeri itu dalam hampir satu abad. – SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button