Politik

PAS beritahu Gerakan berhubung insiden Dominic Lau ‘dihalau’, tiada apa nak dijelaskan

BUANG yang keruh, ambil yang jernih. Ini peribahasa Melayu. Kalau bahasa mudah untuk rakan berbangsa Cina, cincai lor! Apa bikin mahu kasi panjang gaduh-gaduh selisih faham antara parti komponen Perikatan Nasional (PN), Gerakan dan PAS. Sudah dekat Pilihan Raya Negeri (PRN).

Insiden Presiden parti Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau diminta meninggalkan ceramah yang diadakan oleh PAS di Pulau Pinang, baru-baru ini mencacatkan kecantikan PN untuk menentang calon Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yang bertanding di negeri pulau Mutiara itu.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menolak gesaan Timbalan Presiden Gerakan,

yang menggesa PAS menjelaskan punca Presidennya, Dominic Lau dihalang daripada menghadiri ceramah parti tu di Sungai Dua, Pulau Pinang, Selasa lalu.

Semalam, menerusi Oh, diaktakan Gerakan menuntut penjelasan PAS kerana menghalau Lau daripada menghadiri ceramah yang diadakan parti itu.

Tuan Ibrahim berkata, tiada apa yang perlu dijelaskan oleh PAS kerana Lau sendiri telah menafikan bahawa beliau dihalau daripada majlis itu selepas hadir tanpa diundang.

Beliau juga berkata, Lau sendiri mengaku berada di sana untuk bertemu dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim berkata, Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong perlu mendapatkan butiran mengenai apakah yang telah berlaku secara langsung daripada Lau.

“Dia (Lau) telah mengeluarkan kenyataan. Oleh itu, kita tidak perlu memberikan penjelasan.

“Dan dia (Oh) harus mendengar apa yang dikatakan oleh Presidennya,” kata Tuan Ibrahim.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong

Semalam, ketika menuntut penjelasan PAS, Oh menuduh parti itu tidak menghormati Lau yang juga sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional dan Ketua PN Pulau Pinang.

Oh berkata, Lau sepatutnya dilayan sebagai tetamu oleh PAS.

Komen Oh dibuat susulan video oleh Malaysiakini yang menunjukkan Lau dihalang oleh seorang pemimpin PAS Pulau Pinang daripada mengikuti Naib Presiden parti itu, Idris Ahmad, naik ke pentas.

Apabila ada yang memprotes, kedengaran pemimpin PAS berkata kepada Lau: “Tak boleh (Tidak, anda tidak boleh). You go away.”

Pada Rabu (kelmarin), Lau menafikan bahawa dia telah diminta meninggalkan ceramah di Sungai Dua.

Menurut Lau, beliau telah pergi ke sana untuk bertemu dengan Abdul Hadi memandangkan Presiden PAS telah memintanya bertemu pada jam 9 malam.

Bagaimanapun, Abdul Hadi hanya tiba di Sungai Dua pada jam 10.30 malam dan Lau terpaksa bertolak untuk menghadiri mesyuarat lain. – SM

BACA Presiden Gerakan ‘dihalau’ pemimpin PAS Pulau Pinang: Oh gesa penjelasan

BACA Dominic Lau dikecam warganet, ciapan tidak bijak!

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button