BeritaPendidikan

Tutor percuma untuk anak-anak barisan hadapan

Rentetan kepada penularan pandemik COVID-19 yang semakin serius melanda Negara sekarang, Planetmahir, sebagai sebuah entiti korporat yangprihatin, dengan ini menawarkan langganan percuma Kelas Digital MAHIR

Pengasas dan CEO, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata, tutor kepada semua anak-anak frontliners Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yangakan bermula 22 Februari ini.

“Ini adalah sebagai sumbangan kami kepada mereka yang sedang bertungkus-lumus berjuang, tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memastikan kita terpelihara daripada wabak virus yang merbahaya ini,” katanya.

MAHIR Tutor, jelas beliau, merupakan kelas tuisyen digital video-on-demand oleh Planet mahir khas untuk calon SPM. Terdapat 10 subjek SPM yang ditawarkaniaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam,Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. MAHIR Tutor kini telahmempunyai seramai lebih dua puluh ribu pelajar di seluruh Negara.

“Semua kelas pembelajaran subjek-subjek ini telah dirakam bagi membolehkan pelajar mengikuti sebarang tajuk pembelajaran di mana sahaja, pada bila-bila masa.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat membantu anak-anak frontliners kita membuat ulangkaji pembelajaran dan membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan SPM nanti,” katanya.

Anak-anak frontliners bolehlah ke laman web kami di planetmahir.com untuk mengikuti kelas online percuma ini, atau hubungi kami di talian 011 2354 3133.

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button