Nasional

23 pekerja TGCR Petaling Jaya positif Covid-19

SEBANYAK 23 orang pekerja kelab golf Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) disahkan positif Covid-19 setakat hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang berkata, kesemua yang dijangkiti telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk diberikan rawatan.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan proses senarai kesemua pekerja di kawasan asrama untuk disaring.

“Setakat kita sudah mengeluarkan arahan supaya tiada sesiapa yang dibenarkan masuk atau keluar daripada lokasi asrama pekerja,” katanya.

Semalam, 11 pekerja kelab golf itu disahkan positif Covid-19 sebelum asrama pekerja di Jalan Tropicana Selatan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam tadi.


Menurut Nik Ezanee, sebanyak 597 pekerja kelab golf itu tinggak di tiga blok asrama tersebut iaitu 358 dan selebihnya warga tempatan

Tambahnya, sebanyak 20 angggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan mengawal lokasi PKPD dan dibantu kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Angkatan Perkhidmatan Awam (APM).

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD akan dilaksanakan di Asrama Tropicana di Petaling Jaya selama 14 hari berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 12 Oktober.

PKPD yang akan tamat pada 25 Oktober itu terpaksa dikuatkuasakan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan terdapat kes positif COVID-19 yang melibatkan pekerja-pekerja Tropicana Corporation Berhad di Petaling Jaya. -SM

(Visited 83 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button