Nasional

PM bangga semangat juang Harimau Malaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap berbangga dengan semangat juang skuad Harimau Malaya walaupun sekadar muncul naib juara di Kejohanan Piala Raja Thai ke-48 selepas tunduk 0-3 kepada Tajikistan dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 0-0 di Stadium Chiang Mai, malam tadi.

Menerusi catatan di Facebook milik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ismail Sabri berkata, sebagai Keluarga Malaysia rakyat akan terus menjadi penyokong kuat skuad Harimau Malaya.

“Saya yakin para pemain sudah memberikan yang terbaik, namun jadikan perlawanan ini sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih bagi perlawanan yang akan datang,” ujar Perdana
Menteri lagi.

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasukan Gajah Perang menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit masa perlawanan.

Untuk rekod, Malaysia pernah menjulang piala tersebut sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button