Uncategorized

Sila baca, dapatkan maklumat yang betul dari FB saya

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan agar masyarakat mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat daripada Facebook miliknya.

Ini berikutan laporan sebuah portal kononnya unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu lumpuh berikutan lebih separuh petugasnya dikuarantin akibat jangkitan Covid-19.

“Sila baca, dapatkan maklumat yang betul dari FB saya,” balas Dr. Noor Hisham terhadap pertanyaan seorang pengguna Twitter, Karim Raslan mengenai laporan berita terbabit.

“Apa yang sedang berlaku? @JemilahMahmood @DGHisham. Saya sakit sehingga ke gusi membaca cerita seperti ini. Mengapa tidak boleh sediakan kakitangan? Saya ingin melihat peralatan dan kakitangan perubatan diterbangkan ke #kk #sandakan #tawau,”kata Karim Raslan.

Portal tersebut mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperolehi, seramai 40 daripada 66 jururawat yang menjaga wad ICU terbabit kini terpaksa dikuarantin setelah sekurang-kurangnya seorang kakitangan disahkan positif Covid-19.

Sumber rapat hospital terbabit juga memberitahu portal itu bahawa kakitangan perubatan tersebut dijangkiti dari luar hospital sebelum mereka kembali bekerja.

Ini menyebabkan wad ICU menjadi tegang di saat pesakit Covid-19 yang kritikal mulai meningkat, yang mana rawatan ICU merupakan jalan terakhir antara hidup dan mati.

Berikutan itu, portal tersebut mendakwa, wad ICU Hospital Queen Elizabeth II kini telah lumpuh, ini memberi kesan kepada kemampuan Hospital Queen Elizabeth I untuk memastikan katil mencukui bagi pesakit Covid-19.

Semalam, Dr. Noor Hisham telahpun menafikan Hospital Queen Elizabeth II lumpuh.

Sebaliknya, hospital itu masih berada dalam keadaan terkawal walaupun dua kakitangan perubatannya disahkan positif COVID-19.

“Hasil saringan mendapati seorang lagi jururawat yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks adalah positif COVID-19, manakala anggota perubatan yang lain didapati negatif kedua-dua RTK Antigen dan PCR. Pada masa ini, 40 daripada 66 jururawat sedang dikuarantin di rumah.

“Perkhidmatan di ICU HQE II masih berjalan seperti biasa, namun terpaksa mengurangkan jumlah pesakit daripada lapan kepada enam pesakit. Kesemua pesakit di dalam ICU telah disahkan bebas COVID-19,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya.-SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button