Politik

23 ADUN termasuk 4 dari Bersatu hilang keyakinan terhadap Mukhriz

SERAMAI 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) menyatakan hilang keyakinan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Ketua Pembangkang Kedah, Sanusi Md Nor dalam sidang media sebentar tadi berkata, kesemua ADUN termasuk empat dari Bersatu dan dua dari bekas ADUN PKR telah menandatangani akuan berkanun bagi menyatakan hilang keyakinan mereka terhadap Mukhriz.

Menurutnya, akuan berkanun tersebut telah diserahkan kepada setiausaha kerajaan negeri untuk diserahkan kepada Istana Kedah ubagi mendapatkan perkenan Sultan Kedah.

PAS memiliki 15 daripada 36 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kedah manakala Umno mempunyai 2 kerusi.-SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button