Nasional

Buang mayat bayi depan masjid, lelaki dan wanita ditahan

Polis menahan lelaki dan wanita yang dipercayai membuang mayat bayi perempuan di hadapan masjid di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan dibuat oleh seorang imam kira-kira pukul 8.48 malam emalam.

“Menurut pengadu, dia telah menemukan mayat bayi perempuan tersebut yang dibungkus di dalam plastik dan diletakkan di sebelah tayar kereta miliknya di hadapan masjid tersebut.

“Siasatan awal mendapati, terdapat nota yang meminta bantuan pihak masjid untuk menguruskan mayat bayi tersebut yang dianggarkan berusia kira-kira 4 bulan diselitkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gambar ihsan IPD Petaling Jaya

Menurut Ku Mashariman, bertindak hasil maklumat dan semakan rakaman kamera litar tertutup, pihaknya telah berjaya mengesan dan menahan dua suspek di sebuah hotel di Jalan SS3/39, Petaling Jaya.

Jelasnya, kedua-dua suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 26 tahun.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku meninggalkan mayat bayi mereka di hadapan masjid tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 369 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button