
Luar Negara
21 muat dalam kemalangan jalan raya di Mexico
Sekurang-kurangnya 21 orang telah maut hari Rabu dalam kemalangan lebuh raya besar di negeri Puebla, timur Mexico, kata pihak berkuasa tempatan.
Tragedi itu membabitkan tiga kenderaan, dan bilangan yang dirawat tidak dinyatakan kerana mengalami kecederaan, kata Menteri Dalam Negeri Puebla Samuel Aguilar dalam catatan di platform sosial X.
Nahas berlaku pada pagi Rabu di kilometer 31 lebuh raya Cuacnopalan-Oaxaca.
Media tempatan melaporkan bahawa perlanggaran maut berlaku apabila sebuah lori cuba memotong kenderaan lain sebelum melintas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah bas, kemudian merempuh sebuah van pengangkutan. – Xinhua