Nasionalpilihan

Jendela: 24 menara komunikasi baharu dibina di Kelantan, 67 dalam pembinaan

SEBANYAK 24 menara komunikasi baharu telah siap dibina di Kelantan di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 bagi tempoh Ogos tahun lalu hingga 31 Ogos lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 870 peralatan pemancar 4G telah pun dinaik taraf manakala sejumlah 21,867 premis di Kelantan telah diliputi dengan sambungan gentian optik.

“Pada masa yang sama, kerja-kerja membina 67 lagi menara baharu, naik taraf 408 peralatan pemancar 4G dan melakukan sambungan gentian optik ke atas 33,037 premis akan diteruskan bermula dari September 2021 sehingga 31 Disember 2022.

“Begitu juga dengan pembinaan 18 jalur lebar satelit di kawasan pedalaman dan dijangka siap pada hujung tahun 2022,” katanya.

Usaha yang dilakukan ini adalah untuk meningkatkan kesalinghubungan di seluruh negara ke tahap yang terbaik apatah lagi akses kepada kemudahan Internet adalah sebahagian daripada keperluan hak asasi manusia.

Menurut Annuar, kerja-kerja membina 67 lagi menara baharu, naik taraf 408 peralatan pemancar 4G dan melakukan sambungan gentian optik ke atas 33,037 premis akan diteruskan bermula dari September 2021 sehingga 31 Disember 2022.

Ujarnya, begitu juga dengan pembinaan 18 jalur lebar satelit di kawasan pedalaman dan dijangka siap pada hujung tahun 2022.

“Dalam pada itu, pembangunan perkhidmatan jalur lebar di Kelantan setakat ini menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

“Kadar liputan 4G bagi kawasan berpenduduk di negeri itu adalah 93.47% setakat suku kedua 2021 setanding dengan purata kebangsaan pada 93.51% setakat suku kedua 2021; lonjakan dari kadar liputan suku pertama 2020 pada 73.09%, paras yang kurang dari purata kebangsaan, pada permulaan Jendela yang lalu,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, proses transformasi ke atas Pejabat Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat diusahakan.

Jelasnya, beberapa perubahan besar dan drastik kepada fungsi dan peranan Pejabat Negeri dilaksanakan apabila urusan pentadbiran, operasi, gerak kerja dan tugas-tugas pengawal seliaan serta penguatkuasaan, pemantauan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur telekomunikasi semuanya diamanahkan kepada Pejabat Negeri untuk melaksanakannya dan melaporkannya ke Ibu Pejabat.

“Ini adalah untuk memastikan perancangan dan respons setempat yang lebih mantap.

“Pejabat Negeri juga akan berfungsi sebagai rakan strategik dan pengantaramuka antara Kerajaan Negeri, Agensi Negeri, Pemain Industri, Orang Awam, NGO dan pemegang taruh lain di peringkat negeri.

“Ianya berfungsi untuk memudahcara, menyelaras dan mengawal selia industri dengan memastikan dasar dan program MCMC dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat negeri untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Tambahnya, menerusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang disebutkan di atas, saya yakin ia akan dapat meningkatkan liputan dan kualiti capaian Internet di Kelantan sekaligus membolehkan penduduk setempat di sini mendapat manfaat secara menyeluruh. -SM

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button