Hiburan

Zaquan Adha kongsi tak alami gejala teruk positif Covid-19 selepas vaksin

ZAQUAN Adha atau dengan nama lengkapnya Mohamad Zaquan Adha bin Abdul Radzak mengakui bahawa dirinya tidak mengalami gejala teruk selepas positif Covid-19.

Melalui siaran langsung di laman media sosial Instragram miliknya, pemain bola sepak Malaysia, Zaquan Adha menasihati orang ramai untuk mengambil vaksin.

Zaquan mengakui bahawa dirinya tidak mengalami gejala teruk disebabkan oleh suntikan vaksin yang diambilnya.

Kapten Negeri Sembilan FC itu berkata dia dan Aidil Zafuan iaitu kembarnya memang mempunyai penyakit asma sejak daripada kecil dan hal itu membimbangkan ibunya.

“Alhamdulillah, saya tidak mengalami semput atau demam selain hilang deria rasa dan bau walaupun saya ada penyakit asma.

“Mak saya sangat risaukan kesihatan saya sebab saya dan Aidil memang ada semput sejak daripada kecil dan mak siap belikan supplement kepada saya,” katanya.

Tambahnya, Zaquan memberitahu dirinya sekarang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya dan hanya mengurung dirinya di dalam bilik.

“Sudah dua hari saya duduk dalam bilik ni buatkan saya rasa bosan juga. Tapi makan saya baik sahaja, hari-hari isteri saya hantarkan makanan yang sedap-sedap,” ujarnya.

Terdahulu, Zaquan turut memohon maaf kepada penyokong skuad Jang kerana mereka terpaksa menarik diri daripada saringan Piala Malaysia musim ini ekoran penularan virus Covid-19.

Kelab itu juga mengesahkan empat pegawai dan 20 pemainnya dijangkiti virus Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin di rumah yang dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – SM

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button