Politik

PH seru MP pembangkang, kerajaan tolak Belanjawan esok

MAJLIS Setiausaha Pakatan Harapan (PH) menyeru semua ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan untuk bersama-sama menolak Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat esok.

Majlis itu berkata, Belanjawan yang telah dibentang pada peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat tidak menepati matlamat untuk mengembangkan ekonomi sekaligus membantu rakyat yang kini bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian, Pakatan Harapan menggesa agar semua Ahli Parlimen, sama ada di sebelah Pembangkang mahupun dari kalangan penyokong Kerajaan.

“Yang memahami bahawasanya Belanjawan ini tidak menepati objektif dan matlamat untuk memerangi COVID-19, membantu rakyat, dan menghidupkan semula ekonomi, agar memilih untuk menolaknya pada bacaan kali ketiga esok,” kata majlis itu dalam satu kenyataan.

Mereka mendakwa bahawa apa yang diumum Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pengumuman atau penggulungan Belanjawan 2021 mahupun dalam kenyataan media tidak memenuhi apa yang dipohon dan diharapkan ramai Ahli-Ahli Parlimen dan rakyat.

Menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr. Hatta Ramli dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, PH akan mengusulkan agar diadakan undi belah bahagi esok.

“Ini termasuklah isu KWSP, isu moratorium pinjaman bank, isu bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners) dan yang terkesan akibat pandemik COVID-19, isu pendidikan anak-anak kita, pendapatan yang berkurangan, pekerjaan yang hilang, kos sara hidup yang makin meningkat dan banyak lagi.

Sejak Belanjawan 2021 dibentangkan pada peringkat dasar pada 26 November lalu sehinggalah pada peringkat jawatankuasa hari ini, ahli Parlimen pembangkang tidak berjaya untuk menggagalkan Belanjawan 2021 dalam beberapa percubaan undi belah bahagi.-SM

 

 

 

 

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button