Nasional

2,068 kes baharu, 2,230 sembuh

HARI pertama Tahun Baharu 2021 menyaksikan kes baharu Covid-19 masih melebihi paras 2,000 kes iaitu 2,068 orang dengan hanya 2 kes melibatkan kes import.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 776 kes diikuti Kuala Lumpur (457) dan Sabah (254).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 2,230 kes sembuh dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 23,433 kes.

“Sehingga kini, terdapat 126 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan,” jelas Dr. Noor Hisham.

Sementara itu tiga lagi kematian direkodkan akibat Covid-19 menjadikan keseluruhan maut akibat jangkitan virus itu seramai 474 orang.

Satu kes berlaku di Selangor melibatkan seorang lelaki berusia 94 yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, demensia dan bronchiectasis

Satu kes berlaku di Negeri Sembilan melibatkan lelaki berusia 69 tahun dan mangsa mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan dislipidemia.

Satu kes lagi berlaku di Kuala Lumpur melibatkan seorang wanita berusia 58 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang.

Dr. Noor Hisham berkata, tiga kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Rawa Akasia di Pulau Pinang, Klustar Jalan Perindustrian di Johor dan Kluster Rantau Semarak di Selangor.

“Empat kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Dalam, Kluster Chengal, Kluster Penjara Reman, dan Kluster Avenue.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 224 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Metropolis (153 kes), Kluster Rawa Akasia (110 kes) dan Kluster Tapak Bina Residen (91 kes),” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

 

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button