fbpx
Berita

2020 tahun perkukuhkan bahasa Melayu, sekolah kebangsaan

Komentar

SESEKALI Suara Merdeka menoleh ke negara tetangga kita, Indonesia.

Kemajuan bahasa Melayu di republik itu yang dipanggil bahasa Indonesianya begitu hebat.

Bahasa Indonesia adalah bahasa kebangsaannya menerusi tekad Sumpah Pemuda 1928.

Ia bahasa penyatuan beratus-ratus suku bangsa Indonesia yang tinggal di 1,000 pulau di republik itu.

Bahasa Indonesia menjadi bahasa pelbagai ilmu Islam, matematik, sains, perubatan, kejuteraan dan lain-lain.


BAHASA PRESIDEN, PETANI

Rata-rata rakyat Indonesia termasuk masyarakat Tionghoanya berfikir secara sofistikated dalam bahasa mereka. Mereka menyertai sama masyarakat pribumi bertutur lancar dengan bangga dalam bahasa Indonesia dari presidennya, menteri, peniaga, tukang beca dan petani.

Kembali berpijak di bumi nyata di tanah air tercinta Malaysia ini, Suara Merdeka terasa amat sedih sekali dengan survival masa depan bahasa Melayu. Ya, bahasa kita tidak sedaya tahan bahasa Indonesia.

Ke mana agaknya hala tuju sekolah kebangsaan (SK) kita hari ini, yang menjadi pelopor bahasa Melayu/kebangsaan?

 

DILEMA SK, UEC

Kementerian Pendidikan harus serius melihat isu ini sebelum melangkah masuk gerbang 2020.

Ketika sibuk pihak di sana mendesak pengiktirafan sijil peperiksaan bersepadu (UEC), orang-orang kementerian kelihatan pandang sepi usaha untuk
memperkasakan SK – yang di dalamnya diajar bahasa Mandarin dan Tamil serta bahasa-bahasa penting negara selain bahasa Melayu.

Apa jalan terbaik untuk mengangkat kembali martabat SK? Bagi Suara Merdeka, elok sangat arahkan guru-guru cemerlang mengajar di SK.

Barulah nanti orang Cina balik semula hantar anak ke SK. Kalau tidak, semua orang Cina akan ke pensijilan UEC. Bahayanya nanti, akan ada polarisasi kaum yang dahsyat di negara ini. Pada masa ini `tak nampaklah’, tetapi lima, 10 tahun lagi kesannya akan tampak.

PENDIDIKAN NASIONAL SATU HALA

Persoalan Suara Merdeka, kenapa kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu bawa hal ini (pengiktirafan UEC) untuk dipolemikkan atau diperhalusi terlebih dahulu?

Kenapa pak menteri nak cepat-cepat sangat iktiraf UEC. Padahal janji-janji lain dalam manifesto PH seperti hapuskan tol, turunkan harga minyak tidak diusik. Harga barang yang mencanak naik tidak juga diusik dan tiba-tiba pula UEC nak dipercepatkan. Ini tidak boleh diterima, tidak logik.

Suara Merdeka tidak rasis apabila bercakap tentang UEC. Cuma perlu ada penstrukturan pendidikan nasional yang satu hala.

Tidak boleh ada dua sijil. Katakanlah orang Cina susah sangat nak masuk pekhidmatan awam, mereka boleh adunkan pembelajaran dalam UEC itu ke sekolah kebangsaan.

Selama inipun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) beroperasi juga tetapi ikut pensijilan kerajaan. Cuma bahasa Melayu yang diajar di SJKC rendah standardnya daripada bahasa Melayu perdana.

Apa pun keputusan yang dicapai, ia perlu mencapai perpaduan dan kesepakatan nasional. Dengan itu tiada rakyat yang tertinggal. Dalam apa-apa dasar, tidak boleh wujud dua dasar untuk mencapai nasionalisme dan Rukun Negara.

Bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan perlu diperkukuhkan dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa.

SK adalah tunjangnya.

– SUARA MERDEKA

Show More

Related Articles

Back to top button