HiburanLuar Negara

Keanu Reeves sumbang 70% pendapatan untuk penyelidikan leukimia

AKTOR Hollywood Keanu  Reeves menyumbang sejumlah besar pendapatannya daripada filem The Matrix bagi penyelidikan kanser, menurut laporan New York Post semalam.

Reeves yang berusia 57 tahun dibayar sebanyak $10 juta (RM41,810,000) pendahuluan untuk filem sci-fi 1999 sebelum memperoleh lebih $35 juta (RM146,335,000) apabila filem itu menjadi blockbuster box office.

Menurut Lad Bible, aktor itu menyumbangkan sebanyak 70 peratus daripada pendapatannya iaitu $31.5 juta (RM131,701,500 ) untuk penyelidikan leukimia.

Reeves memberi sumbangan itu kerana adik perempuannya, Kim telah berjuang melawan penyakit itu selama lapan tahun pada masa dia mula menderma.

Kim disahkan mengidap kanser darah pada tahun 1991 dan menghabiskan satu dekad berjuang membuat rawatan.

Reeves bukan sahaja terus memberi sumbangan bagi penyelidikan pada tahun-tahun selepas Kim sembuh malah turut membina dana kansernya sendiri.

Dalam pada itu, dia juga secara diam-diam telah menubuhkan satu organisasi yang dilaporkan telah beroperasi bertahun-tahun tanpa sebarang perhatian.

“Saya mempunyai organisasi swasta yang telah beroperasi selama lima atau enam tahun dan ia membantu beberapa hospital kanak-kanak dan penyelidikan kanser.

“Saya tidak mahu meletakkan nama saya pada organisasi itu dan membiarkannya melakukan apa yang perlu dilakukan,” katanya. – SM

(Visited 369 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button