Politik

UMNO ditalkin sebelum mati di Pulau Pinang

UMNO ibarat sudah ditalkin sebelum mati di Pulau Pinang apabila hanya diberi enam kerusi pada pilihan raya negeri berkenaan.

Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan jumlah kerusi begitu kecil diberikan kepada UMNO, kemungkinan parti itu akan berkubur terus apabila kalah kesemuanya kelak.

Jadi, kata Annuar, bagaimana pula Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau menjadi penyelamat UMNO yang kononnya mahu diharamkan oleh kerajaan sebelum ini.

Annuar yang merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO berkata, beliau sendiri telah bertanyakan kepada bekas perdana menteri Tun Dr., Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin jika terdapat usaha untuk mengharamkan parti berkenaan.

Kedua-dua pemimpin menafikan tuduhan berkenaan, katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Negeri Sembilan, malam ini.

Annuar juga menasihatkan Anwar supaya menjaga pertuturan ketika berkempen sepanjang pilihan raya kerana beliau kini merupakan seorang perdana menteri dan perlu memberi contoh yang baik dan bukan menggunakan kata-kata kesat serta menyebar fitnah.

Beliau juga mengingatkan Anwar supaya tidak terlalu angkuh dan mengugut para pemimpin pembangkang ketika berkuasa.

Annuar berkata, Anwar tidak perlu mengugut dengan kuasa yang ada semata-mata mahu menutup mulut pembangkang.

Annuar justeru mencerita satu persatu karektor perdana menteri sebelum ini seramai sembilan orang tidak pernah bersikap seperti Anwar yang gagal mengawal pertuturan di hadapan masyarakat.

Oleh itu, Annuar menyarankan Anwar menumpukan kepada kerja dan bukan berebut untuk mendapat nama seperti penghapusan hutang peneroka Felda yang telah lama dihapuskan ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Sehubungan itu terpulanglah kepada rakyat di enam buah negeri untuk menentukan terus memilih kerajaan hari ini atau memilih Perikatan Nasional (PN) yang terbukti lebih baik tatakelola dan pengurusan negara ini.

 

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button