BeritaNasional

Sajat perlu dikenakan tindakan – Ustaz Kazim

PERBUATAN sengaja menghina agama yang dilakukan jutawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 35, perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

Penceramah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias berkata, tindakan itu perlu bagi menghalang perbuatan yang dilarang tersebut menjadi ikutan orang lain.

“Mesti ambil tindakan pada pondan seorang ini. Tuan-tuan dan puan-puan pun faham pondan mana yang saya maksudkan.

‘Menghina agama, mempermainkan agama dan yang lebih malang lagi disokong pula orang – janganlah kata apa-apa, itu antara dia dengan Tuhan biarlah. Salah tetap salah. Ini hukum,” katanya dalam satu program ilmu bertajuk Bersediakah Kita Untuk Menghadapi Akhir Zaman.

Kontroversi melanda Nur Sajat yang kini berada di Tanah Suci tercetus apabila dia sengaja memaparkan gambar dan video memakai telekung ketika mengerjakan umrah.

Dalam pada itu, Mohd. Kazim berpendapat, umrah yang dilakukan oleh Nur Sajat tidah sah kerana personaliti berkenaan memakai pakaian berjahit sedangkan dia adalah seorang lelaki.

‘Walaupun kau dah potong, kalau kau jantan (lelaki) tetap jantan, walaupun perwatakan dan body (tubuh) dah jadi perempuan, tetap jantan.

“Kemudian kau pergi buat umrah, kau menjadi orang perempuan kau niat umrah sedangkan kau lelaki, lelaki mana boleh pakai pakaian berjahit, mana boleh pakai telekung,” katanya lagi.

Menurut Mohd. Kazim, walaupun semua orang boleh mengaku sebagai orang yang baik termasuk mampu menunaikan umrah dan sebagainya, namun penilaian baik itu hanya ditentukan Allah SWT.

“Semua orang mengaku baik. Pada hal penilaian baik dinilai Allah. Kalau kita nak jadi baik, ikut penilaian yang Allah kata baik.

“Jangan kita cakap, tengok saya pergi umrah. Duduk di Malaysia, macam-macam orang kata pada saya. Saya ke Mekah nak berbicara dengan Tuhan, kenapa Tuhan jadikan saya macam ini,” katanya.

Tegas beliau, asas untuk menjadi baik di sisi agama ialah beriman kepada Allah, beriman kepada hari kiamat, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab dan percaya kepada para nabi serta rasul.

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button