fbpx
Nasional

2 pekerja restoran di KL dijangkiti Covid-19, KKM kesan pelanggan

DUA pekerja sebuah restoran yang tular di media kerana ditutup sah dijangkiti virus maut Covid-19. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kedua-dua pekerja tersebut merupakan warga negara asing.

Jelas Dr. Noor Hisham, Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pengesanan kes secara aktif terhadap pelanggan restoran terbabit.

“Kedua-dua kes ini adalah merupakan saringan rawak di tempat kerja oleh Pejabat Kesihatan Daerah di mana ianya telah melibatkan pekerja kedai makan.

“Telah tular di media sosial notis penutupan kedai makan tersebut dan menimbulkan sedikit keresahan di kalangan pelanggan.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pengesanan kes secara aktif di mana siasatan lanjut dan persampelan akan diambil. Kedai makan tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, pemilik rangkaian Restoran Ali Maju Sendirian Berhad, Datuk Jawahar Ali Taib Khan dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya akur dengan notis penutupan selama 14 hari yang dikenakan ke atas cawangan restoran di Taman Sri Rampai di ibu negara.

“Pengurusan restoran sentiasa peka dengan apa juga keadaan persekitaran mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) Mac lalu,” kata Jawahar.

Sehingga  pukul 12:00 tengah hari, terdapat 25 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 216 kes.

Terdapat sembilan kes penularan di dalam negara, yang melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.  Lima  kes daripada Kluster Tawar di Kedah, satu kes saringan Kluster Tawar di Pulau Pinang dan satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Sementara 16 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 11 warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara. -SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button