KemalanganNegeri

2 maut nahas di Jambatan P Pinang

DUA maut dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori dan treler di KM8.6 Jambatan Pulau Pinang dari arah Prai menghala Gelugor, Pulau Pinang, pagi tadi.

Nahas yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi itu dipercayai turut menyebabkan badan pemandu lori tiga tan terputus dua akibat tersepit dalam kenderaan terbabit.

Mohd Fazrol Maarof, 39, dan kelindannya, Muhammad Amirrudin Azizan, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Jalan Perak dan Perai bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.17 pagi tadi.

Beliau berkata, sebuah lori tiga tan melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di atas jambatan itu akibat kerosakan.


“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan kelindan lori yang dipercayai dalam perjalanan menghantar serai ke bahagian pulau tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat dua mangsa itu berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.02 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 6.16 pagi. – SM

 

(Visited 148 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button