Nasional

2 kes Covid-19 di hospital tentera Terendak, 105 disaring

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah mengesan dua kes Covid-19 dalam kalangan anggota tentera di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka pada 27 Ogos lalu.

Satu kes dikesan melalui saringan pra pembedahan dan satu kes adalah daripada saringan bergejala di hospital tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berdasarkan maklumat yang diperolehi, pihak Angkatan Tentera Kem Terendak bersama pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah membuat penilaian risiko ke atas anggota.

“Sehingga 29 Ogos 2020, seramai 109 orang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif tersebut. Mereka telah disaring dan masih menunggu keputusan ujian COVID-19.

“Saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurutnya, surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah diberikan kepada kontak rapat.

Bagi individu yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan teruk, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi dan rawatan lanjut.

Sementara itu, sehingga pukul 12:00 tengah hari, terdapat 11 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 154 kes.

10 kes baharu melibatkan kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan enam  warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara

Satu kes penularan di dalam negara melibatkan seorang warganegara Malaysia. Kes dikesan di negeri Sarawak hasil saringan pra pembedahan di Hospital Umum Sarawak.

Sehingga kini, terdapat lapan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam kes memerlukan bantuan pernafasan.-SM

 

(Visited 665 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button