Sukan

Man United kekal pendahulu liga selepas berkongsi mata di Anfield

MANCHESTER United kekal di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, dengan kelebihan tiga mata berbanding Liverpool, ketika liga semakin menghampiri pertengahan musim.

Ini adalah keadaan yang akan berbeza berbanding pada awal Oktober, ketika mereka tewas 6-1 di tempat sendiri menentang Tottenham.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjær, mengakui pasukan mereka tidak banyak mengujakan. Malah meneruskan trend itu di Anfield, menjadi antara pasukan yang sukar untuk ditewaskan reka malah mereka mempunyai peluang untuk pulang dengan mata penuh bukan sekali tetapi dua peluang keemasan untuk pulang dengan kejayaan.

Peluang itu datang agak lewat selepas United menyerap tekanan Liverpool dan juara bertahan itu tentu berterima kasih keapda Alisson, yang menyelematkan kedua-duanya.

Kali pertama Alisson bertindak cemerlang menyelamatkan gawang Liverpool ialah pada minit 75 selepas Bruno Fernandes membuka ruang kepada Luke Shaw untuk melakukan cubaan ke gol dari laut kotak enam ela.

Yang kedua merupakan peluang lebih besar dan ada elemen nasib baik untuk United apabila hantaran lintang Aaron Wan-Bissaka terbias dan jatuh betul-betul ke kaki Paul Pogba. Dia ada lebih banyak masa berbanding  Fernandes tetapi tendangannya terlalu dekat dengan penjaga gol asal Barzil itu.

Liverpool menguasai bola dan Thiago Alcãntara hampir berjaya memainkan peranannya untuk memberi mata kepada tuan rumah. Pemain tengah itu mempunyai keupayaan untuk melepaskan diri walau dikawal ketat untuk memacu pasukannya dengan hantaran yang tajam.

Liverpool kini hanya mengumpul 14 mata dari sembilan perlawanan dengan tiga seri dan satu tewas dalam empat perlawanan terakhir.Mereka gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan. Tiga pemain hadapan mereka Mohamed Salah, Sadio Mané dan Roberto Firmino kelihatan kurang mantap. Peluang terbaik mereka dimiliki Firmino tetapi penyudahnya tidak menyakinkan.

Ketika ini pada tahun lalu, Liverpool menewaskan United 2-0 untuk mendahului 30 mata daripada pasukan lawan itu.

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button