Luar Negara

2 dipercayai militan maut insiden berbalas tembakan

DUA lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Sai Buri, Pattani, Thailand, semalam.

Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Pol Kol Kiattisak Neewong berkata, kedua-dua lelaki berusia 27 dan 40 tahun itu mati di tempat kejadian.

Dalam insiden pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan), beliau berkata, pasukan keselamatan telah mengepong sebuah rumah di Sai Buri selepas menerima maklumat bahawa dua anggota militan bersembunyi di rumah itu.

Beliau berkata, kira-kira pukul 10 pagi, pasukan keselamatan bergegas ke rumah berkenaan untuk menasihatkan anggota militan supaya menyerah diri melalui ketua kampung dan imam namun mereka terus melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.

Insiden berbalas tembakan berlanjutan kira-kira 10 minit, katanya.

“Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemui mayat mangsa di tempat kejadian. Selain itu, pasukan keselamatan turut menemui dua laras senjata api dipercayai dimiliki suspek,” katanya kepada pemberita.

Beliau menambah, kedua-dua suspek mempunyai waran tangkap. – SM

 

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button