KemalanganNegeri

2 beranak Orang Asli maut dalam kemalangan

SEORANG kanak-kanak dan bapanya maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak dalam kenyataannya berkata, kanak-kanak itu yang dianggarkan berusia 12 tahun dan bapanya, 62, dipercayai berketurunan Orang Asli, meninggal dunia di tempat kejadian.

Empat individu lain termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard hanya mengalami kecederaan, katanya.

Menurut kenyataan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai menerima panggilan pada pukul 10.45 pagi.

Setiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati kedua-dua kenderaan itu bertembung dalam kemalangan sehingga mengakibatkan dua mangsa yang menaiki motosikal tercampak ke dalam semak.

Katanya, mayat kedua-dua itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – SM

 

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button