Nasional

192 mahasiswa UPSI bantu 50 pelajar SMKBB2020 menerusi Program Sulam “MEMIKIR”

Tanjung Malim: Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menganjurkan Program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) iaitu Melagang Minda Kreatif (MEMIKIR) bersama Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaaan Bandar Behrang 2020 (SMKBB2020) .

Program anjuran kumpulan kuliah Penulisan Kreatif dan Deskriptif (BSK 3103) itu berteraskan objektif membangunkan minda dan sahsiah pelajar sekolah tersebut di samping menjalinkan ukhwah antara mahasiswa dengan masyarakat.

YDP PIBG, Prof Madya Dr. Ghazali Din (atas dua dari kiri) menyampaikan ucapan perasmian

Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Prof Madya Dr Ghazali Din ketika berucap merasmikan program melahirkan rasa bangganya terhadap komitmen mahasiswa UPSI untuk membantu komuniti iaitu pelajar sekolah yang berhampiran dengan kampus.
Program yang membabitkan seramai 192 mahasiswa dan 50 orang pelajar tingkatan empat SMKBB2020 menyaksikan peserta sangat aktif dan bersemangat mengikuti setiap slot yang disediakan oleh penganjur.

Beliau berkata melalui program SULAM itu, pelajar yang terlibat akan dibimbing dalam penulisan untuk mengasah bakat yang terpendam dalam diri mereka.
“Pengalaman penganjuran program MEMIKIR sangat berharga untuk mahasiswa sebelum tamat pengajian dan kejayaan pelajar yang dibimbing mereka tentunya akan mengharumkan nama universiti,” katanya.

Program MEMIKIR itu bukan sahaja memenuhi tugasan kursus malah mampu memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam subjek Penulisan Kreatif dan Deskriptif.

Mahasiswa UPSI merancang dan mengadakan aktiviti penciptaan sajak, deklamasi sajak, penulisan berita, slot membina impian masa depan serta Mentor dan Mentee.

‘Melalui slot Mentor dan Mentee pelajar dapat berkongsi masalah dan mendapat pencerahan daripada mahasiswa sebagai abang dan kakak mereka,’ katanya.

Sementara itu Penolong Kanan Pentadbiran SMKBB2020, Ustaz Mohd Zainol Zakaria berkata pembabitan murid bersama mahasiswa dapat membina kembali semangat mereka untuk belajar selepas berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik sejak tahun 2020.

“ Program MEMIKIR sangat membantu pelajar meningkat keyakinan, ilmu dan kemahiran pelajar dalam dunia penulisan kreatif dan deskriptif.

Beliau berharap program MEMIKIR yang dianjurkan di bawah program SULAM UPSI itu memberi peluang mahasiswa berinteraksi dengan pentadbir dan pelajar sekolah.

Katanya, dengan adanya program seperti ini ia membantu pelajar SMKBB2020 meningkatkan keyakinan diri mereka untuk memceburi bidang penulisan, deklamasi dan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
Sepanjang melaksanakan aktiviti ini, pelajar memberi maklum balas yang baik dan berminat dengan setiap aktiviti malah bersemangat apabila mendapat perkongsian daripada mahasiswa yang melibatkan suasana hidup di kampus.

Beliau berkata kesungguhan yang ditunjukan oleh pelajar dalam mengikut setiap aktiviti menunjukan pelajar berminat dengan aktiviti yang dibuat oleh mahasiswa kepada mereka.

Katanya, penganjuran Program MEMIKIR dilihat dapat mencapai objektif yang ditetapkan iaitu menghasilkan pelajar yang bersifat holistik dan mampu menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif.

“Saya berharap ia dapat meningkatkan pembangunan sahsiah dan minda pelajar menerusi aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat meningkatkan jaringan mahasiswa bersama sekolah dan komuniti.

Ucapan daripada Pengarah Program, Shahibatul Aina Khalib

Menurut Pengarah Program, Shahibatul Aina Khalib penganjuran program itu mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar sekolah selain dapat berkomunikasi menerusi slot Mentor dan Mentee.

Mahasiswa sedang menjalankan Slot Impian Masa Depan

Sementera itu, mahasiswa UPSI, Siti Nur Fatihah Hasrul Izuan berkata, melalui aktiviti yang dianjurkan dapat memberi peluang kepadanya berkongsi ilmu bersama pelajar SMKBB2020 dan diharapkan ada antara mereka berjaya mencapai impian hidup.

(Visited 722 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button