Politik
Trending

Merusuh pada kongres AMK: Dr Afif dapat surat tunjuk sebab

BEKAS Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin menzahirkan rasa terkilan, selepas menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin PKR yang mendakwa beliau melakukan kesalahan, ketika Kongress AMK tahun lepas.

Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh itu berkata beliau hanya menerima surat itu petang tadi, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.

“Saya tidak pasti siapa yang dapat surat, saya pun tidak boleh nak cakap…pada saya yang dapat surat ini semua adalah anggota PKR. Saya sedang berhubung dengan rakan-rakan yang lain untuk mengenal pasti berapa ramai yang menerima surat ini.

“Saya perlu berbincang dengan rakan-rakan lain untuk melihat pertuduhan yang dikenakan Lembaga Disiplin terhadap saya dan rakan-rakan kerana kami diberi 14 hari untuk menjawab surat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jersi Baharu Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di sini malam ini.

Dalam Notis Tunjuk Sebab PKR bertarikh 20 Feb dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Displin PKR Datuk Ahmad Kasim itu, Dr Afif didakwa melakukan aktiviti sabotaj dengan mencetus dan/atau bersekutu untuk menimbulkan rusuhan dan pergolakan pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh Melaka pada 6 Dis tahun lepas, dengan tujuan untuk membatalkan kongres tersebut.

Dr Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang berkata ini adalah kali pertama perkara itu dibangkitkan malah sebelum ini tiada sebarang komunikasi, yang mengatakan beliau melakukan apa-apa kesalahan sejak dari kongres itu sehingga hari ini.

Menurutnya, beliau tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan parti

oleh Lembaga Disiplin, saya pun tidak tahu apakah motifnya dan siapakah yang melakukan aduan…saya tidak tahu dan soalan ini harus ditujukan kepada parti dan Lembaga Disiplin parti,” katanya.- BERNAMA

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button