Nasional

Tindakan ke atas PTI dibuat kerana keselamatan dan kesihatan – KPN

Dokumentari ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’

KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan tegasnya memberitahu, segala bentuk tindakan yang diambil terhadap pendatang tanpa izin (PTI) di negara ini adalah atas keperluan keselamatan dan kesihatan negara.

Beliau berkata, semua negara di dunia tidak akan membiarkan pendatang tanpa izin bebas tanpa kawalan terutama ketika berdepan wabak pandemik Covid-19.

GAMBAR HIASAN PTI

Katanya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus membantu Jabatan Imigresen dalam menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/1963.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), PDRM juga akan terus melipatgandakan usaha mengawal sempadan darat dan laut daripada terus dibolosi oleh pendatang tanpa izin.

“Dan dalam masa yang sama kita akan memastikan tiada penganiayaan terhadap pendatang tanpa izin yang ditangkap,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Abdul Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang diterbitkan oleh agensi berita asing, Al Jazeera.

Laporan Al Jazeera tidak benar | Harian Metro

Abdul Hamid turut menegaskan bahawa laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita tersebut yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin, adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh PDRM terhadap laporan tersebut.

BERNAMA difahamkan satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Imigresen berhubung perkara itu.

Sebagai rekod, Al Jazeera sebelum ini menyiarkan satu dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan yang diberi terhadap pendatang tanpa izin (PTI) ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani wabak Covid-19.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, dakwaan yang dipaparkan dalam dokumentari itu adalah tidak berasas sama sekali.

Ini kerana Malaysia, ujar Adham,  memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menyelamatkan orang ramai daripada terkena jangkitan wabak Covid-19 tanpa mengira warganegara atau bukan warganegara, rakyat tempatan mahupun pendatang tanpa izin. – SM

 

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button