fbpx
Politik

19 bekas wakil rakyat PKR terima surat tuntutan RM10 juta

SEBANYAK 19 bekas wakil rakyat PKR yang lompat parti menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipercayai sudah menerima surat tuntutan pampasan sebanyak RM10 juta.

Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengesahkan beliau sudah menerima surat tuntutan daripada PKR.

Ekoran itu beliau menjangka rakan-rakannya yang lain juga sudah menerima surat yang sama.

“Saya telah mendapat letter of demand (surat tuntutan) tentang RM10 juta daripada parti saya yang lama dan saya ada peguam yang kebetulan adalah pegawai tugas-tugas khas saya iaitu Abdul Razak Ahmad.

“Kami yang mendapat surat ini juga sudah berbincang apa tindakan selanjutnya yang harus dilakukan… jadi kita tunggu pengumuman yang selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang di Kuantan, hari ini.


Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung sebelum telah memberi amaran bahawa parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada 19 ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang keluar parti agar membayar pampasan RM10 juta masing-masing kepada parti.

Lee turut dilaporkan berkata mereka yang disenaraikan perlu membayarnya dalam tempoh tujuh hari dan jika gagal, parti akan mengarahkan peguam untuk meneruskan prosiding bersesuaian bagi mendapatkan pampasan itu. – SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button