NasionalNegeri

19 Ahli Majlis MBPJ tinggalkan mesyuarat tak setuju tindakan Datuk Bandar

SERAMAI 19 orang Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak meninggalkan mesyuarat semasa pembentangan Minit Mesyuarat OSC 1.

Ini kerana mereka tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Bandar Petaling Jaya yang tidak menghormati proses undang-undang dalam memberi kelulusan kepada permohonan yang melibatkan projek pembangunan di Lorong Sultan yang dibincangkan dalam Mesyuarat OSC pada 17 Mei lalu kata Ahli Majlis, Bryan Ng Yih Miin.

“Semasa pembentangan Minit Mesyuarat OSC 1 melalui mesyuarat Majlis Bilangan 5/2023 pada 30.5.2023, seramai 19 orang Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah meninggalkan Mesyuarat Majlis Bil. 5/2023 kerana tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Bandar Petaling Jaya yang tidak menghormati proses undang-undang dalam memberi kelulusan kepada permohonan yang melibatkan projek pembangunan di Lorong Sultan yang dibincangkan dalam Mesyuarat OSC pada 17 Mei 2023.

“Tindakan ini juga adalah disebabkan oleh 19 orang Ahli Majlis tidak bersetuju dengan bagaimana keputusan dalam Mesyuarat OSC yang dilihat tidak mematuhi prosedur dan peruntukan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dalam Mesyuarat OSC tersebut, tiga (3) orang Ahli Majlis daripada lima (5) anggota mesyuarat (termasuk Datuk Bandar Petaling Jaya) telah menegaskan tentang proses undang-undang yang perlu dipatuhi di mana pemohon perlu menarik balik kes yang difailkan di Lembaga Rayuan dan membuat permohonan semula untuk dipertimbangkan berdasarkan garispanduan terkini.

“Proses yang sama juga digunapakai dalam permohonan-permohonan lain sebekum ini. Namun Datuk Bandar Petaling Jaya telah membuat keputusan tanpa persetujuan majoriti untuk meluluskan permohonan pemohon walaupun tiga (3) Ahli Majlis yang menganggotai Mesyuarat OSC tersebut tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat,” ujar beliau.

Justeru 19 orang Ahli Majlis bertindak meninggalkan Mesyuarat Majlis Bil. 5/2023 kerana:

  1. Pandangan dan keputusan majoriti anggota Mesyuarat OSC (tiga daripada lima orang) tidak dihormati dan diambil kira dalam membuat keputusan terhadap permohonan pemohon.
  2. Bahawa Ahli Majlis yang menganggotai mesyuarat dikatakan tidak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan hanya terhad untuk memberi pandangan dari segi sosial dan politik sahaja. Kenyataan Datuk Bandar ini adalah salah dari segi undangundang dan bertentangan dengan peruntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  3. Untuk Mengelakkan MBPJ daripada khilaf dalam membuat keputusan yang bertentangan dengan prinsip undang-undang apabila proses permohonan daripada pemohon tidak melalui prosedur yang betul Pendirian 19 orang Ahli Majlis MBPJ adalah tegas bahawa apa-apa sahaja permohonan pembangunan di Petaling Jaya hendaklah melalui proses yang betul dan telus serta menghormati prinsip undang-undang.

Beliau berkata, pendirian 19 orang Ahli Majlis MBPJ adalah jelas, pemohon hendaklah menarik balik kes di Lembaga Rayuan, memasukkan permohonan baharu dan permohonan akan dibincangkan semula berdasarkan garispanduan terkini, dan bukanlah diluluskan tanpa melalui proses perundangan yang betul.

“Apa sahaja keputusan yang dibuat pada hari ini, akan menjadi rujukan kepada isu-isu yang akan berbangkit pada masa akan datang.

“Justeru keputusan 19 orang Ahli Majlis MBPJ pada hari ini, adalah untuk menjaga kepentingan MBPJ sendiri, melindungi MBPJ daripada khilaf dari segi perundangan dan memastikan kesejahteraan warga Petaling Jaya supaya keputusan tanpa mematuhi prosedur seperti ini tidak membuka peluang kepada kes-kes lain yang akan datang,” katanya.

 

Untuk rekod, 19 orang Ahli Majlis adalah terdiri daripada:
1. En. Suraise a/l Gengiah Ahli Majlis Zon 1
2. En. Chan Pak Keung Ahli Majliz Zon 2
3. En. Tang Fuie Koh Ahli Majliz Zon 3
4. En. Mohd Ikhsan binMohamad Din Ahli Majlis Zon 4
5. Pn. Quratulain Atiqah bt Norzahirul Anuar Ahli Majlis Zon 5
6. Pn. Sakinan Bibi Nagoor Ahli Majlis Zon 6
7. En. Leong Chee Cheng Ahli Majlis Zon 7
8. En. Wong Swee Sang Ahli Majlis Zon 8
9. Pn. Yip Sean Yi Ahli Majlis Zon 9
10. En. Chang She-Yun Ahli Majlis Zon 10
11. Tuan Sr. N. K. Thayalan a/l Krishnasamy Ahli Majlis Zon 11
12. En. Derek John Fernandez Ahli Majlis Zon 12 13. En. Ng Yih Miin Ahli Majlis Zon 13
14. En. Sugumaran a/l Annamalai Ahli Majlis Zon 14
15. En. Terence Tan Teck Seng Ahli Majlis Zon 16 16. Puan. Nalina Nair a/p Rama Krishnan Ahli Majlis Zon 19
17. En. Ong Yew Thai Ahli Majlis Zon 20
18. Pn. Rahibah bt. Che Omar Ahli Majlis Zon 22 19. En. Ridzuan b. Ahmad@ Awang Ahli Majlis Ahli Majlis Zon 24

BACA Pengguna sistem Smartlesen meningkat, MBPJ giat laksana kempen baharui lesen

BACA Skim rebat cukai taksiran bagi pemilik rumah mesra alam hijau berkarbon rendah Petaling Jaya

BACA Grab Malaysia nafi kurangkan tambang untuk penunggang penghantaran

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 415 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button