Nasional

18 PATI gagal masuk ke Malaysia

PANDEMIK Covid-19 yang memberi kesan ekonomi terhadap negara tidak langsung menjadi penghalang kepada warga asing untuk menyeludup masuk ke negara ini demi sesuap nasi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) memaklumkan pihaknya berjaya menggagalkan tiga cubaan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran Indonesia hari ini.

Kejadian tersebut berlaku di sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) pada pukul 2.15 pagi, 7.00 pagi dan 10.50 pagi.

Kesemua 18 PATI yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan 13 wanita berusia di antara 28 hingga 51 tahun dipercayai baru tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

“Pada jam 9.50 malam, Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) yang berfungsi sebagai sistem rangkaian radar 24 jam telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan menghala ke arah Teluk Ramunia.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan telah mengatur gerakkan tim Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Drone Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ke lokasi untuk membuat penjejakan dan mengepung kawasan tersebut,” katanya.

Hasil serbuan pada jam 2.15 pagi telah berjaya menahan lapan orang PATI yang sedang bersembunyi di kawasan berkenaan.

Seterusnya pada pukul 7.00 pagi seorang lagi PATI ditahan berhampiran kawasan terbabit. Manakala sembilan orang lagi telah ditahan pada pukul 10.50 pagi

Jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 16,918.91 melibatkan wang tunai matawang Malaysia dan Indonesia, telefon bimbit, jam tangan serta barang kemas.

Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

“Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” katanya.-SM

 

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button