Nasional

18 kes baharu Covid-19, kluster Pedas, DTI Sepang sumbang 11 kes

KLUSTER Pedas dan kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang masing-masing menyumbang 9 kes dan 2 kes baharu Covid-19. Keseluruhan sebanyak 18 kes baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, empat kes baharu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes import melibatkan tiga orang warganegara Malaysia dan seorang warga asing yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

Manakala kesemua kes penularan tempatan melibatkan warga asing. Sehingga kini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 195 kes.

Sementara itu terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,318 kes  atau 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada kematian dicatatkan dengan jumlah keseluruhan yang maut akibat jangkitan itu kekal 121 orang.-SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button