fbpx
Politik

18 ahli Parlimen Pas bersama Muhyiddin – Hadi

PENGUMUMAN Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen Melayu dan Islam tercalar apabila Pas menyatakakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, parti itu menegaskan kesemua 18 ahli Parlimennya tegus di belakang Muhyiddin yang masih sah di sisi Perlembangaan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Katanya, Pas akan terus memperteguhkan semangat setiakawannya dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.
“PAS mempertegaskan sokongan sepenuhnya 18 ahli Parlimen PAS kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, yang masih sah di sisi Perlembagaan Malaysia. Pada masa sama, PAS akan terus memperteguhkan setiakawan dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.
“Seterusnya PAS mengajak seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung usaha Kerajaan Perikatan Nasional menangani wabak COVID19 dan memulihkan ekonomi negara secara bersama,” kata Abdul Hadi.
Anwar pada pukul 12 tengah hari tadi mengumumkan sudah mendapat sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen berbangsa Melayu dan Islam untuk menubuhkan kerajaan.
“Alhamdulillah kini saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Ingin saya nyatakan di sini majoriti yang menyokong saya ialah Ahli Parlimen Melayu dan Islam.
“Untuk maklumat semua, sebenarnya saya telah diperkenankan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kelmarin, Selasa 21 September jam 11 pagi, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Baginda kini menerima rawatan di Institute Jantung Negara,” kata Anwar.
Anwar mendakwa dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan bermakna kerajaan pimpinan Muhyiddin telah tumbang.
“Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputra dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini.
“Kami tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktirafkan kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain,” kata Anwar.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button