Politik

177 ahli Warisan cari ‘rumah’ baru

SEBANYAK 177 ahli Warisan Bahagian Kimanis meninggalkan parti itu dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hari ini.

Mereka yang terlibat dari tiga cawangan iaitu Lambunau, 57 orang, Mawao (77) dan Piasau (43).

Tindakan keluar parti dibuat kerana mendakwa perjuangan Warisan yang disertai mereka sejak awal penubuhan parti itu sudah berubah dari landasannya.

Ahli Cawangan Lumat, Mohamed Sudin, 60 berkata hala-tuju Warisan kini sudah tidak seperti yang mereka perjuangkan.

“Saya meluahkan rasa tidak puashati saya kerana Warisan yang saya sertai sejak 2014 kini susah berubah segala-galanya,” katanya.

Kenyataan itu turut disokong oleh bekas AJK Wanita Warisan Bahagian, Rosmawati Othman, 48, yang kesal dan hilang kepercayaan kerana tiada lagi pemimpin yang boleh memimpin mereka dalam parti itu.

“Kami kecewa kerana tiada pemimpin yang betul-betul boleh memimpin kami.”

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan borang menjadi ahli baru kepada Bersatu di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping, Membakut.

Borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
-SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button