Nasional

Tiada sekatan dilakukan bagi pelancong dari luar negara yang ingin memasuki Malaysia – PM

Setiap pelancong yang tiba di Malaysia akan dilayan sama rata dan pihak berkuasa tidak akan mendiskriminasi orang dari negara tertentu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini adalah sebahagian daripada langkah pencegahan Malaysia untuk mengawal Covid-19, yang merupakan keutamaan.

“Langkah pencegahan akan diperketatkan di pintu masuk. Setiap pelancong masuk akan dipantau dan kami tidak melonggarkan syarat untuk pelancong dari negara tertentu.

“Kami tidak akan berkompromi dengan kesihatan dan keselamatan rakyat. Ia akan sentiasa berada di atas ekonomi dan pelancongan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet hari ini.

Pada 30 Dis, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengumumkan bahawa semua pelawat yang memasuki negara ini mesti menjalani pemeriksaan suhu dan pelawat yang mempunyai gejala akan dirujuk kepada pihak kesihatan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kementerian juga akan menjalankan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) ke atas sampel kumbahan dari pesawat yang tiba dari China dan meningkatkan pengawasan di pintu masuk antarabangsa.

 

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button