Luar Negara

17 ditikam Joker di malam Halloween

KELIBAT ‘Joker’ yang bertanggungjawab atas kejadian serangan pisau di kereta api bawah tanah Tokyo dirakam kamera sedang menghisap rokok sebelum ditahan oleh pihak polis.

Lelaki berumur 24 tahun itu menikam 17 orang dan menyalakan api di dalam sebuah kereta api bawah tanah di Tokyo.

Seorang saksi mengatakan kepada penyiar nasional NHK mengenai ketakutan mereka semasa serangan yang berlaku pada malam Halloween di mana ibu kota Jepun dipenuhi dengan orang ramai yang merayakan perayaan Halloween dengan memakai kostum yang pelbagai.

Suspek dikatakan menyembur cecair jernih di sekeliling gerabak dan membakarnya menyebabkan penumpang di dalam kereta api itu berlari ketakutan dan keluar melalui tingkap kereta api bagi menyelamatkan diri.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul lapan malam waktu tempatan berhampiran stesen Kokuryo dan suspek mengenakan sut berwarna ungu dan hijau terang menyerupai watak Joker daripada komik Batman.

Seorang saksi mengatakan bahawa dia melihat suspek berjalan sambil menghayunkan pisau panjang.

“Saya fikir ia adalah aksi Halloween.

“Kemudian, saya melihat seorang lelaki berjalan ke arah ini, perlahan-lahan menghayunkan pisau panjang,” katanya.

Satu video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan penumpang melarikan diri memanjat keluar daripada tingkap kereta api selepas kereta api itu melakukan perhentian kecemasan.

Rakaman lain juga menunjukkan suspek duduk dalam kereta api sambil menghisap rokok dan memegang pisau di tangan kanannya.

Suspek itu juga tidak melawan semasa dia ditangkap dan ditahan oleh pihak polis.

Suspek turut memberitahu pihak berkuasa bahawa dia ingin membunuh orang supaya boleh dijatuhkan hukuman mati.- SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button