AgamaLuar Negara

Empat ditangkap membuat karya seni berunsur LGBT berupa Ka’bah di Turki

Isu LGBT bukanlah satu isu yang asing dalam dunia kini tapi untuk mengekspresikan sokongan terhadap LGBT secara terang-terangan dengan menggunakan imej Ka’bah amatlah sensitif dan tidak wajar.

Baru-baru ini, empat individu ditahan polis Turki setelah karya seni berupa Ka’bah digantung di sebuah universiti di Istanbul di kawasan tunjuk perasaan yang baru sahaja berlaku, kata para pegawai rasmi pada hari Sabtu.

Keempat-empat individu tersebut ditahan kerana disyaki mencemarkan nilai-nilai agama yang dianut oleh sekumpulan masyarakat iaitu Islam secara terang-terangan, kata pejabat gabenor.

Polis sedang memburu dua yang lain serta turut menggambarkan karya seni itu sebagai “serangan kotor” terhadap Islam.

Selain daripada mencemarkan imej Ka’bah, karya seni itu juga mempunyai bendera pelangi, simbol yang berkait dengan komuniti LGBT digantung di seberang pejabat rektor pada hari Jumaat di Universiti Bogazici.

Ketidakhormatan yang ditunjukkan kepada Ka’bah bukanlah satu aksi untuk menunjukkan kebebasan bersuara atau hak untuk melakukan protes, kata juru bicara Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin.

Beliau memberi kenyataan pada hari Sabtu lalu, perbuatan ini akan mendapat hukuman yang sewajarnya mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Walaupun homoseksual telah dibenarkan dalam sejarah Turki moden, individu homoseksual atau dikenali sebagai ‘gay’ sering menghadapi gangguan dan penderaan.

Oleh itu, acara LGBT disekat dalam beberapa tahun ini termasuklah Istanbul Pride.

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button