Hiburan

16 tahun menyanyi, baru sekali dapat royalti – Farahdhiya

NAMPAKNYA, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan membuat serbuan ke beberapa badan pengurusan royalti, ada beberapa artis yang mula berkongsi kisah berkenaan isu royalti.

Antaranya ialah penyanyi dan pelakon, Faradhiya yang memberitahu bahawa dia menerima royalti hanya sekali selama dia bergelar seorang anak seni.

“Sejujurnya, saya yang baru 16 tahun dalam industri hiburan ini hanya sekali sahaja dapat merasa duit royalti sebagai penyanyi. Ya, sekali sahaja dalam 16 tahun.

“Sila kembalikan hak hak kami semua kepada yg berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini juga terkilan dengan sikap sesetengah syarikat yang tidak menjawab bila ditanya berkenaan dengan hal royalti.


Jelasnya, perkara tersebut amat berbeza ketika dia dipanggil untuk mengisi borang atau menyertai mesyuarat bagi mendapatkan sokongan.

“Ada juga saya mesej individu yang bekerja dalam satu daripada badan yang menguruskan hal royalti artis, tetapi tidak berjawab.

“Bila nak panggil mesyuarat untuk dapatkan sokongan atau isi borang, pandai pula cari kita,” jelasnya.

Semalam, SPRM memaklumkan mereka telah memulakan siasatan terhadap sejumlah RM30 juta royalti yang tidak dibayar kepada artis.

Isu royalti ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru dibangkitkan dalam kalangan penggiat seni tempatan.

Bukankah lebih mudah jika pengurusan royalti artis ini hanya diberikan kepada satu badan sahaja berbanding dengan sekarang yang mempunyai beberapa buah badan.

Jika ditumpukan kepada satu sahaja, rasanya lebih mudah bukan sahaja daripada segi pengurusan, tetapi juga buat penggiat seni. -SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button